dear diary,
kerap aku berangan untuk makan angin bersama anak isteri. masalah utama adalah kewangan kami yang semakin mendesak sejak Najmi makin besar. baru anak sorang kami dah terasa. keluarga yang ada anak 4 or 5 orang tu macam mana la ek? alhamdulillah takdela sampai kami tak makan. masalah kedua masa. time aku busy wife biasanya xde hal sangat. time aku pulak dah lapang wife pulak yang busy 24 jam.
kalau ditanya ke mana aku nak bawak keluarga bercuti? confirm aku jawab Europe. menjelajah kawasan pergunungan Alp di Switzerland, melawat kincir angin dan taman bunga di Keukenhof di Belanda, menyelurusi butik mewah di Champs Elysees terutamanya di Avenue Montaigne, menikmati pemandangan dari tour Eiffel, bercruiser di Seine River, window shopping di Galaries Lafayette dan La Vallee Village serta masuk Disneyland semasa di kota Paris dan terakhir bergambar kenang2an di the House of Parliament, Big Ben, Trafalgar Square, bermesraan dengan Queen di Buckingham Palace, Tower Bridge dan shopping di Oxford Street dan Harrods serta layan bola di Stanford Bridge. wah... berangan sungguh.
aku juga ingin membawa keluarga menikmati pasir putih dan air laut yang membiru di Pulau Redang sambil duduk santai tanpa memikirkan kerja dan masalah dunia. cuma mengagumi keindahan alam ciptaan Ilahi je.
by the way la. kalau aku ada duit la kan. percutian ke Europe tetap akan jadi no. 2 sebab aku dari tahun 2006 memang dah pasang angan2 nak bawak keluarga ke Tanah Suci mengerjakan Umrah. dari google map yang aku tengok, hotel yang aku duduk masa tahun 2006 dah pun roboh,


No comments:
Post a Comment