melangkau lautan imaginasi : ed. 3: Berat

Wednesday, 13 May 2015

Berat

dear diary,

baju makin sendat seluar makin ketat. gemukla maksudnya kan? sorry, aku tak malu langsung kalau ada orang perli kata aku gemuk sebab aku terima apa saja kekurangan yang dianugerahkan. pada aku aktiviti yang aku lakukan tak terkesan dek kerana diperli tapi atas dasar kesihatan dan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. 

sekarang berat aku 118kg ikut timbang kat rumah. ikut timbang elektronik di rumah MIL 123kg. by 14th June 2015 aku nak berat aku turun jadi 113kg atau 118kg. itu cabaran yang aku buat sendiri. bukan sebab aku malu dengan fizikal aku tapi sebab kesedaran demi keluarga dan diri, aku kena aktif semula membuat aktiviti luar seperti zaman bujangan.

dear diary,

tak kisahla apa yang aku akan buat. detox badan, diet, berlari setiap hari ke, hiking bukit setiap hujung minggu or berpuasa semata-mata terpulang. konsep utama atau peraturan pertama turun berat badan secara natural. tapi maybe aku akan sapu something untuk memudahkan pembakaran lemak. 

buat masa sekarang, hiking setiap Ahad akan menjadi atur cara wajib. kenapa? badan aku ibarat disiram air semasa hiking di Bukit Gasing Ahad lepas. penat memang tersangat penat bagi aku yang berbadan besar dan 1st time hiking. masa aku naik dan turun track setiap kali berselisih dengan hikers lain gerenti aku akan mendapat sokongan padu.

No comments: